Sunday, May 16, 2010

Alif menulis untuk kali pertama

Nama saya Alif, hari ni kali pertama saya menaip kat blog ni. Dah lama cikma saya buatkan blog ni, tapi saya tak pernah dapat taip apa2. Hari ni saya diberi peluang nak meluahkan perasaan.

Saya sangat suka makan nasi lemak. Semalam telah berlaku satu kejadian saya termakan nasi lemak basi. Nasib baik mama saya pun termakan sama. Sempat la dia bagitau saya nasi lemak tu dah basi. Kalau tak, mesti dah licin nasi lemak tu saya makan. Hahaha, sorry mama, alif mana tau nasi tu dah basi. Saya sayang mama & ayah saya.

Ooh, semalam ayah bawak saya pegi tengok futsal kat Putrajaya. Pak Eddie saya ada pertandingan semalam. Best dapat tengok orang main futsal. Ramai sangat orang kat kompleks futsal tu. Saya tengok futsal tu sampai pukul 2. Best tau tengok Pak Eddie saya main futsal. Semalam die dapat masuk sampai final. Menang satu game kot, saya pun tak pasti. Saya pun bercita2 nak jadi macam Pak Eddie saya, pandai main bola. Sekarang ni pun saya pandai main bola, tapi dalam komputer jela, hehe.

Oklah, ini je untuk setakat ni. Saya nak sambung main dengan Adam. Mama & ayah tengah sibuk masak kat dapur tu. Macam2 lauk yang mam dah sediakan untuk saya. Thank you mama & ayah. Selalu bagi Alif makan sedap2 sampai alif dah jadi gemok!! :P

Sekian,

Laporan dari Alif Syahmi.

*P/s - Lain kali Adam pulak citer kat kawan2 okey.

Tuesday, January 5, 2010

The Very First Entry

Hi everyone!!!

This is our very first entry. Hopefully we can share as much as we can. About our life, our journey, our joy and our passion!

This entry was type by Cikma on behalf of the Zamreen's Family..


Till our next run, bye!!